Pages

Monday, November 12, 2012

hey Charlie !

Charlie? who is Charlie ? is it Charlie Chaplin or Charlie and the Chocolate factory ?
nahhh , aku tk maksudkan yg tu semua. actually yg aku maksudkan ni, it kindda an ants. Anyway, it is actually called as Rove Beetle and don't ask me why is the name is "Charlie", I am just following others what they called that insects. I have been asking them the reason behind of this Charlie's name but until I still don't get it. BUT it is larger than an ant.



Here we go :




saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badan berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.



It's like this :




Can be found at:

sawah padi, padang sekolah - antara rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.


Need to know that :

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.



Some friendly advice :

Kumbang ni tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.


Some pictures of infected peoples :


              




p/s:  aku update menatang ni pun coz my cousin also kne gigit dgn charlie tak guna ni. kalau tk mmg aku pun tk tau pasal menatang ni la. so, beware people ! Get well soon Sherryl :)

No comments: